Make your own free website on Tripod.com

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT KERAYONG 42200 KAPAR SELANGOR

Misi, Visi dan Matlamat sekolah

Home
Sejarah Sekolah
Staf Sekolah
Enrolmen Murid
Misi, Visi dan Matlamat sekolah
Activities
Calendar of Events
Directions
Links
Contact Us

VISI

Berusaha melahirkan insan yang bertaqwa,

berilmu, berdisplin dan berketrampilan

berteraskan budaya ikram

 

MISI

Melaksanakan tugas dengan dedikasi, kreatif dan inovatif melalui

pengurusan sekolah yang cekap dan berkesan kearah kecemerlangan

kurikulum dan kokurikulum seimbang dengan matlamat

Falsafah Pendidikan Negara

 

MATLAMAT SEKOLAH

Usaha berterusan ke arah kemajuan dan kejayaan berteraskan kasih sayang,

bertanggungjawab, dedikasi dan kerjasama

 

PIAGAM PELANGGAN

Kami warga SK Bukit Kerayong dengan penuh tekad dan iltizam

berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan

usaha kami untuk :

  • Bertugas dengan dedikasi, jujur, amanah dan berketrampilan berteraskan etika kerja yang sebenar.

  • Mendidik pelajar berbudaya ilmu pengetahuan berteraskan Falsafah Pendidikan Negara.

  • Menerapkan budaya ikram dan berdisplin menjadi pemangkin peningkatan prestasi pendidikan sekolah.

  • Layanan mesra kepada ibu bapa berteraskan sekolah sebagai institusi masyarakat.

  • Mewujudkan pengurusan sekolah yang cekap dan berkesan ke arah standard ISO Pendidikan.

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

lPendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkanrakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraaan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara
 

SEKOLAHKU’

Sekolah Kebangsaan Bukit Kerayong

Tempat kami menuntut ilmu
Para guru dan ibubapa
Turut berganding bahu
Hormat guru hormat semua
Itu amalan yang mulia
Usaha maju dan terus jaya
Pasti kita bahagia
Mari – mari hai kawan
Harumkan nama sekolah kita
Marilah mari bersama
Usaha Maju Jaya
Sekolah Kebangsaan Bukit Kerayong
Lambang kemajuan negara
Teruskanlah cita – cita
Membentuk generasi mulia
Membentuk generasi mulia

Please call or e-mail us with questions on the various programs.

azman salleh